Biografi Ringkas Sarada_Devi

Kelahiran

Rumah Sarada Devi di Jayrambati

Pada 22 Disember 1853, Saradamani Devi telah lahir di kampung Jayrambati (terletaklebih kurang 100 km di barat Kolkata) di Bengal Barat, India. Sarada ialah anaksulung Ramchandra Mukhopadhyaya (atau Mukherji) dan Syamasundari Devi, pasanganBrahmin yang miskin.[1] Ramchandra mencari rezekinya dengan bertani dan juga menjadi seorang sami.

Suatu hari, Ramachandra bermimpi tentang seorang budak perempuan yangsangat cantik dan berkulit keemasan. Dia mendakap leher Ramachandra dengantangan kecilnya dan berkata bahawa dia akan datang ke rumahnya.[2]

Beberapa hari kemudian, Syamasundari sedang pulang dari kampung asalnya,Sihore. Disebabkan cuaca yang panas, beliau duduk di bawah sebatang pokok Vilwauntuk berehat. Tiba-tiba beliau terdengar bunyi gelang kaki dan melihat seorangbudak perempuan yang hitam manis dan sangat cantik. Budak itu turun daripokok Vilwa dan mendakap Syamasundari. Sentuhannya menyebabkan Syamasundaripengsan. Apabila sedar diri, beliau merasakan dirinya hamil.[3]

Kedua-dua pengalaman mistik ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang akan lahiruntuk mereka ialah seorang dewi.

Tidak lama kemudian, Syamasundari melahirkan anak perempuan sulungnya. Menurutcarta astrologi, anak itu dinamakan sebagai Saradamani dan Thakurmani (PermataDewi). Saradamani dalam Bahasa Bengali bermaksud ‘Permata yang memberikanintipati hidup’. Nama ini juga dieja sebagai ‘Saradamani’ yang bermaksudSaraswati (Dewi ilmu). Ramakrishna sendiri mengumumkan bahawa Sarada ialahSaraswati, yang telah lahir demi menyelamatkan manusia sejagat, denganmenyelubungi kecantikannya yang luarbiasa.[4]

Zaman Kanak-kanak

Sarada seorang budak yang amat pemalu dan senyap. Namun, beliau rajin bekerjadan sering membantu ibu bapanya di rumah dan di sawah. Sebagai anak sulungdalam keluarganya, beliau menjaga dan mendidik adik-adiknya seperti seorang ibu. Walaupun saiznya kecil, beliau sangat bijak dan sering bertindak sebagai hakim dalam pertengkarankanak-kanak kampung.[5]

Sejak kecil lagi, Sarada amat menyayangi patung-patung Lakshmi dan Kali! Beliau gemar bermain dengan menghiasi patung-patung itu dengan bunga dan memujanya.

Pada tahun 1864, Jayrambati dilanda kemaraupanjang. Kegiatan pertanian terhenti menyebabkan ramai orang miskin mengalamikebuluran. Ramachandra menyediakan makanan percuma di rumahnya untuk orang-orangyang kebuluran. Sering kali, Sarada mengipas makanan yang panas agarorang-orang yang kebuluran itu dapat memakan dengan cepat.

Perkahwinan

Ketika Sarada berusia dua tahun, beliau telah dibawa ke sebuah kuil Shiva. Apabilawanita-wanita tua menyoalnya secara main-main, siapakah yang beliau mahu kahwinapabila dewasa kelak, Sarada menunding ke arah seorang pemuda berusia duapuluh tahun bernama Gadadhar (Ramakrishna). Tiga tahun kemudian, pada Mei 1859,Sarada dikahwinkan dengan Gadadhar yang sama![6]

Perkahwinan Sarada dengan Ramakrishna memang telah ditakdirkan. Apabila Ramakrishnamendapati bahawa percubaan ibu dan abangnya untuk mencari seorang jodohuntuknya tidak berjaya, Ramakrishna memberitahu mereka bahawa jodoh yang telahdipilih untuknya berada di rumah Ramachandra Mukhopadhyaya di Jayrambati. Malah,carta astrologi mereka juga amat serasi!

Selepas perkahwinan yang pelik ini, Sarada pulang ke rumahnya di Jayrambati.Ramakrishna pula pulang ke kuil Kali di Dakshineswar untuk melakukan disiplinrohani.

Ramakrishnakembali ke Kamarpukur pada tahun 1867 dan tinggal di sana selama beberapabulan. Ketika ini, Sarada yang berusia empat belas tahun berpeluang untukberjumpa dengannya. Ramakrishna mengajarnya untuk bersembahyang, bermeditasidan juga melakukan kerja rumah. Beliau juga mengajarnya cara-cara untukberkomunikasi dengan pelbagai jenis orang. Selepas tinggal di Kamarpukur selamabeberapa bulan, Sarada sekali lagi kembali ke Jayrambati. Selepas itu, beliau tidak berpeluanguntuk berjumpa dengan suaminya selama beberapa tahun.

Beberapatahun kemudian, Sarada mendengar bahawa suaminya telah menjadi ‘gila’. Wanita-wanitakampungnya melihatnya dengan penuh simpati kerana beliau ditakdirkan untukberkahwin dengan seorang ‘gila’. Ramakrishna sedang melakukan pelbagai disiplinrohani yang luarbiasa yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun. Oleh itu,orang menganggap bahawa beliau telah menjadi gila.

Selamabeberapa bulan, Sarada tidak ada cara untuk mengetahui kebenarannya. Beliau telahmenunggu dengan harapan bahawa suaminya akan membawanya pergi ke Dakshineswar.Apabila belaiu mendengar bahawa suaminya telah menjadi gila, beliau menjadi bimbang. Akhirnya,beliau memutuskan untuk pergi ke Dakshineswar.[7]   

DalamMac 1872, Sarada bertolak ke Dakshineswar bersama-sama bapanya dengan berjalankaki. Beliau tidak pernah berjalan jauh sebelum itu. Dakshineswar terletak hampir 60 batu dari Jayrambati. Dalamperjalanan, Sarada mendapat demam dan langsung tidak dapat bergerak. Selepasberehat di sebuah pondok di tepi jalan, mereka meneruskan perjalanan keDakshineswar.

Ramakrishnamenerima kedatangan Sarada dengan penuh kasih sayang dan prihatin. Sarada berasalega mendapati suaminya normal dan tidak menunjukkan sebarang tandakegilaan. Malah, beliau juga menguruskan untuk rawatan Sarada dan memintanyauntuk berehat.

Samaseperti Ramakrishna, Sarada juga tidak berminat dengan kehidupan duniawi. Ramakrishna mula memberikan ajaran rohani kepada Sarada dan melatihnyamelakukan kerja-kerja rumah.

Tidaklama kemudian, pada tahun 1872, pada hari Phalaharini Kali Puja, Ramakrishnamemuja Sarada sebagai Dewi Kali dan mempersembahkan semua hasil kehidupanrohaninya kepada Sarada. Peristiwa unik ini amat bermakna dalam sejarahkerohanian manusia. Ia membuktikan bahawa hawa nafsu dapat dihapuskan sepenuhnyadengan sikap melihat semua wanita sebagai ibu. Melalui pemujaan ini juga,Ramakrishna memberikan Sarada semua kuasa-kuasa rohaninya dan membangkitkansifat keibuan sejagat dalam diri Sarada.[8]

Hari-hari di Dakshineswar

Sarada tinggal di sebuah bilikkecil di tingkat bawah nahabat (dewan muzik) kuil Kali, Dakshineswar selama tiga belas tahun. Dalam tempoh ini, beliau sering kali berulang-alih ke Jayrambati untuk menguruskan keluarganya di kampung. Walaupun beliau menjalani kehidupan yang serbakekurangan, beliau gembira untuk berada berdekatan suaminya. Harinya bermulapada pukul tiga pagi, sebelum orang lain bangun. Beliau bermandi diGanga, di sebuah tangga menuju ke sungai berdekatan Nahabat, dalam kegelapanawal pagi. Kemudian beliau menghabiskan satu setengah jam untuk berdoa di dalambiliknya. Selepas itu, beliau memasak untuk Sri Ramakrishna. Menjelang petang, beliaumenyediakan sumbu pelita-pelita dan menyalakannya dan kemudian duduk untukberdoa dan bermeditasi. Kemudian beliau memasak makan malam untuk Sri Ramakrishna.

Pada satu hari, seorangpedagang kaya datang kepada Ramakrishna dan memintanya untuk menerima sejumlahwang untuk perbelanjaannya. Ramakrishna menolak wang itu tetapi apabilapedagang itu mendesaknya, beliau meminta Sarada untuk menerimanya. Sarada yangbijak turut menolak wang itu kerana jika beliau menerimanya, wang itu masih akandigunakan untuk Ramakrishna. Apabila Ramakrishna mendengar tentang keputusanSarada, beliau berasa gembira dengan semangat pelepasan Sarada.

Nahabat Dakshineswar

Hidup Sarada Devi di Dakshineswar berlalu dengan gembira. Apabila orang ramai mula mengerumuni Sri Ramakrishna untuk mendapatkan ajaran rohani, Sarada juga memainkan peranannya dengan menyediakan makanan untuk pelawat-pelawat itu. Adakalanya, pada waktu lewat malam, beliau terpaksa memasak untuk pengikut-pengikut Ramakrishna. Adakalanya, berhari-hari beliau tidak berpeluang untuk berjumpa dengan Sri Ramakrishna yang sibuk memberikan ajaran rohani kepada pengikut-pengikutnya.

Dalam kalangan pengikut Ramakrishna, beberapa orang wanita alim menjadi teman dan kawan Sarada. Yogin-Ma, Gopaler Ma dan Golap Ma, adalah beberapa orang wanita yang rapat dengan Sarada. Mereka membantu Sarada melakukan kerja-kerja memasak dan sebagainya. Adakalanya, apabila Sarada malu untuk meluahkan sesuatu kepada Ramakrishna, mereka menjadi pesuruhnya. Demikian, Sarada menghabiskan hampir tiga belas tahun di Dakshineswar.

Suka,atau duka, tidak berterusan selama-lamanya. Sekitar September 1885, Ramakrishna mengalami sakit tekak,yang dikenalpasti oleh doktor sebagai penyakit barah. Oleh sebab beliau memerlukan rawatan berterusan, beliau dibawa ke sebuah rumah-taman di Kasipur, yang lebihdekat dengan bandar Calcutta.

Sarada memasak untuk beliau dan pengikut-pengikut mudanya yangtinggal di situ. Pengikut-pengikut muda Sri Ramakrishna menjaganya secara bergilir-gilir. Narendra, bakal SwamiVivekananda, dan ramai lagi pemuda sepertinya menjaga Sri Ramakrishna sepanjang masa.Keadaan beliau bertambah buruk. Ketika ini, beliau mengarahkan Saradauntuk meneruskan dengan kerja-kerja menjaga pengikut-pengikutnya selepaskematiannya.

Pada 16 Ogos 1886, Ramakrishna meninggalkan jasadnya. Selepasmenjalankan upacara pembakaran mayatnya, Sarada menanggalkan barangan kemasnya.Ketika beliau hendak menanggalkan gelang tangannya, roh Ramakrishna muncul di hadapannya. Sambil menekan tangan Sarada, beliau berkata: “Adakah saya sudahmati? Kamu bertindak seperti seorang janda. Saya hanya telah berpindah dari sebuahbilik ke bilik yang lain.”[9] 

Persediaan Rohani

 Selepaskematian Sri Ramakrishna, Sarada Devi melakukan lawatan ibadah dengan beberapaorang temannya seperti Golap-Ma dan Lakshmi Didi. Dengan berdoa danbersembahyang di tempat-tempat suci seperti Deoghar, Varanasi, Prayag, danVrindavan, Sarada mengubati hatinya yang sedih. Ketika ini, beliau memberikanmantera kepada Yogin, seorang pengikut Ramakrishna yang kemudiannya menjadirahib. Sarada mengakhiri lawatan ini pada bulan Ogos 1887 dan pulang ke Calcutta.[10]  

Tidak lama kemudian, beliau bertolak ke rumah pusaka Ramakrishna di Kamarpukur. Sebelum kematiannya, Ramakrishna telah meminta Sarada untuk pergi ke Kamarpukur dan tinggal di sana seorang diri. Kini, Sarada menunaikan janjinya kepada Ramakrisna. Selama hampir sembilan bulan, beliau tinggal di Kamarpukur dalam kemiskinan. Kecuali padi daripada sawah keluarganya, beliau tidak ada apa-apa pun. Jadi, Sarada memasak nasi dengan padi itu dan memakannya tanpa secubit garam. Kemudian, beliau menanam sayur-sayuran di belakang rumahnya. Dengan tenang, Sarada mengharungi kemiskinan. Beliau hanya sedih kerana tidak dapat bermandi di Sungai Ganges, seperti yang biasa dilakukannya di Dakshineswar. Pada suatu hari, dengan mata kasarnya, Sarada melihat Sri Ramakrishna tampil di hadapannya. Tiba-tiba, Sungai Ganges memecut keluar dari tapak kakinya dan mengalir dengan deras! Peristiwa ini meyakinkan Sarada bahawa Sri Ramakrishna wujud dalam segala-galanya. Menurut mitologi Hindu, Sungai Ganges berasal daripada tapak kaki Dewa Vishnu dalam Jelmaan-Nya sebagai Vamana.[11]

Apabila pengikut-pengikut Ramakrishna di Calcutta mendapat tahu tentang kehidupan Sarada di Kamarpukur, mereka menjemputnya ke Calcutta. Sebuah rumah disewa dan para pengikut mengambil tanggungjawab untuk menjaga Sarada Devi yang mereka panggil sebagai 'Ibu Yang Alim'.

Demikian, Sarada ditempatkan di rumah-taman Nilambar Babu dikampung Belur. Ketika ini, beliau melakukan ‘Pancatapa’ suatu disiplin rohani yangrumit. Empat ungun api dinyalakan di atas teres rumah itu, setiap satu padajarak enam kaki. Terikan matahari yang bersinar di atas adalah api yang kelima.Sarada dan Yogin-Ma (salah seorang temannya) bermandi di Ganes pada waktu subuhdan, duduk di tengah-tengah ungun-ungun api itu, dan melakukan meditasi. Merekamelakukan ini sehingga matahari terbenam. Selama tujuh hari berturut-turutmereka melakukan ini dari subuh ke senja.[12]

Dalamtahun 1888, Sarada melakukan lawatan ibadah ke Gaya, sebuah kota purba suciuntuk Vishnu. Beliau juga melawat Bodh Gaya, di mana Buddha mendapat Ilmu. Di sini beliau melawat sebuah biara Hindu yang besar dan berasa gembira untuk melihatrahib-rahib yang hidup dengan senang. Mereka tidak merana dalam kemiskinan.Hati keibuan Sarada menderita memikirkan keadaan anak-anaknya(pengikut-pengikut Sri Ramakrishna yang menjadi rahib) yang sedang merantausebagai fakir-fakir. Dengan bersungguh-sungguh, beliau berdoa kepada SriRamakrishna untuk menyediakan satu biara untuk pengikut-pengikutnya.[13]

Ikatan Kekeluargaan

Selepaskematian Sri Ramakrishna, Sarada Devi mengambil tugas menjaga Surabala, kakakiparnya yang gila dan Radhu, anak saudaranya yang hampir gila. Beliau jugasering terlibat dengan persengketan keluarga abang-abangnya.[14]   

SriRamakrishna telah mengarahkan Sarada Devi untuk meneruskan tugas kerohanian. Saradamemberikan ajaran dan mantera suci kepada kepada ratusan orang. Sesiapa sahajayang memanggilnya sebagai ‘Ibu’ menerima kasih sayangnya. Malah, orang-orangyang dibenci oleh masyarakat juga menerima simpati dan kasihnya.  Siang dan malam, beliau sibuk memikirkan tentangkebaikan ‘anak-anaknya’ dan melakukan disiplin rohani seperti japa dan meditasiuntuk mereka.[15]

Ibu Yang Alim

Sarada Devi di Biara Belur

Narendranath,pengikut utama Sri Ramakrishna, menjadi Swami Vivekananda. Pada awal 1893,Vivekananda telah hampir memutuskan untuk berlayar ke Amerika untuk menyertaiPersidangan Agama-Agama Dunia di Chicago. Tetapi beliau masih mempunyai satukeraguan: adakah ia benar-benar niat Tuhan? Bagi mendapatkan kepastian,Vivekananda menulis surat kepada Sarada Devi dan meluahkan hasratnya. Hanyaselepas Sarada memberikan restunya, Vivekananda bertolak ke Amerika.[16]

SwamiVivekananda kembali ke India pada awal 1897 selepas kejayaannya di Barat. Tidaklama kemudian, sebidang tanah dibeli di kampung Belur, merentasi Ganga. Disini, Biara Belur yang menjadi pusat Ramakrishna Sangha didirikan.[17]  

Pada1899, Sarada Devi melawat Biara Belur, ditemani oleh Saudari Nivedita danbeberapa orang pengikut Vivekananda. Apabila Sarada pertama kali menjejakitanah Biara itu, Vivekananda menjemputnya dengan penuh rendah diri. Sarada menyapudan membersihkan sebuah tempat di tanah itu dan memuja sebuah potret SriRamakrishna di situ. Beliau berasa amat gembira kerana akhirnya ‘anak-anaknya’sudah mempunyai sebuah tempat tetap.

Rumah Ibu

Sejak Sarada berpindah keKolkata, beliau menetap di rumah-rumah pengikut Sri Ramakrishna dankadang-kadang di rumah sewa. Swami Saradananda, seorang pengikut SriRamakrishna bertekad untuk mendapatkan sebuah rumah untuk Sarada. Dengan meminjamdan memungut derma, dia membeli sebuah bangunan yang cantik di Baghbazar,Kolkata. Pada 23 Mei 1909, Sarada memasuki rumah baru ini dan tinggal di tingkat pertama rumah ini sehingga ke akhir hayatnya.[18]

Di tingkat bawah rumah ini,Saradananda menulis biografi ‘Sri Ramakrishna Lilaprasanga’, dalam bahasaBengali (‘Sri Ramakrishna, The Great Master’). Hasil jualan buku ini digunakanuntuk membayar pinjaman Rumah Ibu. Di bangunan ini juga, sebuah pejabat jurnalbulanan Udbodhan ditempatkan. Udbodhan merupakan jurnal Bengali yang dimulakanoleh Vivekananda pada tahun 1899. Oleh itu, Rumah Ibu juga dikenali sebagai ‘RumahUdbodhan’.[19]

Lawatan ke India Selatan

Padaakhir bulan Februari 1911, Sarada dan beberapa orang lain melawat tempat-tempatsuci di India Selatan. Swami Ramakrishnananda yang berada di Madras (kiniChennai) telah menjemputnya untuk melawat tempat-tempat suci dan berjumpadengan pengikut-pengikut di sana. Semasa lawatan ini, Sarada memuja Sivalingadi kuil Rameswaram dengan 108 daun Bilwa emas. Ketika melakukan pemujaan dengan tangannya sendiri, secara tidak sengaja beliau berkata bahawa Sivalinga itu masih berada sama seperti yang ditinggalkannya dahulu. Menurut tradisi, Sivalinga itu telah dibuat oleh Dewi Sita.[20]

Seterusnya, Sarada melawat RamakrishnaAshrama (kini Ramakrishna Math, Bangalore) di Bangaluru sebelum kembali ke Kolkata. Beliau menetap di sini selama tiga hari daripada 24 hingga 26 Mac 1911. Sebuah memorial telah didirikan bagi menandakan tempat di mana beliau bertapa.

Sekalilagi, pada tahun 1912, Sarada melakukan lawatan ke Varanasi.

Hari-hari Akhir

Selama34 tahun, Sarada menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan gurukepada ribuan orang yang mencari ketenangan rohani. Bilangan anak-anaknya yangmakin bertambah menyebabkan dia langsung tidak dapat berehat. Usianya kini 67tahun dan badannya telah menjadi lemah. Tanpa mengendahkan kesihatannya, beliauberjumpa dengan sesiapa sahaya yang datang untuk mendapatkan restunya.

Awaltahun 1920, Sarada mula mengalami demam setiap hari. Keputusan diambil untukmembawanya ke Kolkata untuk rawatan. Pada 24 Februari 1920, buat kaliterakhir, Sarada meninggalkan Jayrambati dan kembali ke Rumah Udbodhan. Di sini rawatan yang terbaik diberikan, namun demamnya tidak berhenti.

SaradaDevi meninggal dunia pada 21 Julai 1920. Jasadnya dibawa merentasi Ganges keBiara Belur dan dibakar di atas unggun kayu cendana. Kini di tapak yang sama,sebuah kuil marmar telah dibina menempatkan abu suci Sarada Devi.[21]